Ibu merupakan orang yang
melahirkan kita dan menjaga kita dengan baik. Ayah pula orang yang
mencari rezeki siang malam untuk keperluan asas dan harian kita agar
kita boleh hidup dengan selesa. Ibu dan Bapa pula memberi dan menjaga
kita dengan penuh kasih sayang. Kita hendaklah membalas jasa baik
mereka.
Terdapat pelbagai cara untuk membalas jasa Ibu
dan Bapa kita. Antaranya, kita hendaklah belajar dengan
bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, kita belajar dan mendapat keputusan
yang cemerlang. Ibu dan bapa kita akan berasa bangga terhadap kita.
Selain itu, kita hendaklah menghormati Ibu dan Bapa kita.
Kita haruslah mendengar dan mematuhi nasihat kedua-dua Ibu Bapa kita.
Tiada ruginya jika kita mematuhi nasihat mereka. Malah, ianya untuk
kebaikan kita juga.
Sebagai anak, kita perlu menolong
mereka. Kita boleh menolong mereka mengemas rumah, menyiram pokok bunga,
membersihkan halaman rumah dan sebgainya.
Kita juga
tidak boleh sekali pun menyakitkan hati Ibu dan Bapa kita agar kita
tidak menjadi anak yang derhaka dan sering mengingkari arahan mereka.
Akhir sekali , kita hendaklah menyayangi Ibu dan Bapa kita
sebagai mana mereka menyayangi kita sewaktu kita kecil. Dengan demikian,
Ibu dan Bapa kita tidak akan berasa apa yang mereka telah buat untuk
kita itu tidak disia-siakan begitu sahaja sebagai tanda bahawa kita
menghargai jasa mereka dengan sepenuh hati.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
hmmmmm itu ajha ea kepribadian qmu........???/ hihih
BalasHapusCara cara menghargai ibu dan bapa tak dak ka?
BalasHapusBiat sendiri
Hapuskaranagan jenis apa ni?
BalasHapusSuper 🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒
BalasHapusThank you for this essay!!
BalasHapusterima kasih atas kongsi karangan di atas
BalasHapusSama sama ya syg
BalasHapusBagus
BalasHapus