Pages

Subscribe:

Senin, 26 November 2012

Cara Cara Menghargai Jasa Ibu dan Bapa

     Ibu merupakan orang yang melahirkan kita dan menjaga kita dengan baik. Ayah pula orang yang mencari rezeki siang malam untuk keperluan asas dan harian kita agar kita boleh hidup dengan selesa. Ibu dan Bapa pula memberi dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Kita hendaklah membalas jasa baik mereka.
        Terdapat pelbagai cara untuk membalas jasa Ibu dan Bapa kita. Antaranya, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, kita belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang. Ibu dan bapa kita akan berasa bangga terhadap kita.
        Selain itu, kita hendaklah menghormati Ibu dan Bapa kita. Kita haruslah mendengar dan mematuhi nasihat kedua-dua Ibu Bapa kita. Tiada ruginya jika kita mematuhi nasihat mereka. Malah, ianya untuk kebaikan kita juga.
        Sebagai anak, kita perlu menolong mereka. Kita boleh menolong mereka mengemas rumah, menyiram pokok bunga, membersihkan halaman rumah dan sebgainya.
        Kita juga tidak boleh sekali pun menyakitkan hati Ibu dan Bapa kita agar kita tidak menjadi anak yang derhaka dan sering mengingkari arahan mereka.
        Akhir sekali , kita hendaklah menyayangi Ibu dan Bapa kita sebagai mana mereka menyayangi kita sewaktu kita kecil. Dengan demikian, Ibu dan Bapa kita tidak akan berasa apa yang mereka telah buat untuk kita itu tidak disia-siakan begitu sahaja sebagai tanda bahawa kita menghargai jasa mereka dengan sepenuh hati.

9 komentar: